Gambar Retro Kuala Lumpur : Dahulu dan Kini (2021)

RETRO KUALA LUMPUR : DAHULU & KINI





Kuala Lumpur - dari namanya sahaja kita akan terbayangkan pertemuan dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang serta Masjid Jamek yang terletak di persimpangan dua sungai ini.

Ada beberapa teori bagaimana nama Kuala Lumpur diberikan pada kawasan ini. Antara yang paling popular ialah keadaan kuala sungai yang berlumpur dan ada yang mengatakan kemungkinan terdapat sungai yang bernama Sungai Lumpur (Sungai Gombak?) kerana penamaan nama tempat di kuala sungai oleh masyarakat Melayu adalah dengan menggunakan nama sungai yang lebih kecil (anak sungai).




Teori ini pernah direkodkan oleh bekas pegawai British, Mr J.M Gullick seperti gambar di atas di dalam jurnal beliau "Kuala Lumpur 1880 - 1895" yang diterbitkan pada bulan Mei 1955 untuk Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 




Seperti yang kita ketahui, Kuala Lumpur dibuka oleh Sutan Puasa pada pertengahan abad ke 19. Kemudiannya ianya menjadi maju dengan aktiviti perlombongan terutama ketika Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina Ketiga yang mentadbir kawasan ini. 

Oleh kerana kepesatan Kuala Lumpur sebagai pusat perlombongan di negeri Selangor, ianya dijadikan ibu negeri baru Selangor pada tahun 1880. Kuala Lumpur juga dipilih sebagai pusat pentadbiran Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) bermula pada awal tahun 1896. 

Kuala Lumpur juga kekal sebagai pusat pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu selepas kemerdekaan pada tahun 1957 serta selepas pembentukan Persekutuan Malaysia sejak 1963. Meskipun peranan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan telah bertukar berikutan perpindahan ke Putrajaya sejak tahun 1999, Kuala Lumpur terus kekal sebagai ibu negara serta pusat ekonomi utama Malaysia.




Banyak bangunan-bangunan baru dibina selepas era 1880an. Ada yang telah dirobohkan, ada yang dalam keadaan uzur tanpa penjagaan tetapi masih banyak yang tersergam indah sebagai mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur. 

Dalam blog kali ini, saya ingin berkongsi gambar-gambar lama Kuala Lumpur sejak lebih 100 tahun lalu serta video keadaan semasa dan lokasi gambar-gambar berkenaan pada tahun 2021. 

Jom Tonton!




Sila support dengan Follow Blog, Facebook dan Subscribe YouTube channel kami.

Terima kasih


Comments

Popular posts from this blog

STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN JALAN SULTAN

Menjejak Laluan Keretapi Lama : Bandar Klang ke Kuala Selangor

Stesen Keretapi Tanjung Rambutan Bakal Lenyap?