Posts

Showing posts from 2021

BATEQ JUNGLE HUT DI TAMAN NEGARA PAHANG

Image
BATEQ JUNGLE HUT TAMAN NEGARA PAHANG Pengalaman percutian ke Taman Negara tidak sah jika tidak singgah ke perkampungan Orang Asli suku kaum Bateq. Tetapi pernahkah anda terfikir, bagaimana cara untuk membantu Orang Asli dalam  jangka masa panjang  supaya turut sama berjaya dalam industri pelancongan?   Jadi pada tahun 2017, pihak NGO BirdGroup Taman Negara telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang untuk membuat satu mesyuarat dengan masyarakat Orang Asli Bateq di Kuala Tahan.   Hasil perbincangan yang dihadiri dan diketuai oleh Tok Batin Sena dari Kampung Orang Asli Dedari yang terletak lebih kurang 5.5km dari Kuala Tahan, satu projek usahasama telah berjaya dipersetujui untuk dilaksanakan. Projek ini dipanggil Bateq Jungle Hut.  Projek ini membolehkan masyarakat Orang Asli Bateq mempunyai "resort"  dengan rekabentuk dan pengurusan oleh pihak mereka sendiri. BirdGroup Taman Negara bertindak sebagai penasihat projek dan bajet datang dari Kementer

JEJAK STESEN DAN PERHENTIAN KERETAPI DARI KLANG KE KUALA SELANGOR (SIRI KEDUA)

Image
  Alhamdulillah, video menjejak jalan keretapi dari Klang ke Kuala Selangor telah mendapat maklumbalas positif. Hasil dari komen-komen dan cadangan oleh para penonton, saya teruskan mencari maklumat lanjut supaya lebih banyak fakta dapat dikongsikan bersama.    Video Menjejak Laluan Keretapi Lama : Klang - Kuala Selangor (Siri Pertama) Hasil pencarian sejarah awal, rupa-rupanya cadangan untuk jalan keretapi dari Klang ke Jeram dan seterusnya ke Kuala Selangor telah wujud hampir dua dekad sebelum pembinaannya.  3 minggu selepas perjalanan sulung keretapi dari Stesen Bukit Kuda di Klang ke Kuala Lumpur,  Gabenor Negeri Selat telah menjawab kepada soalan wartawan mengenai cadangan laluan keretapi ke pekan Jeram. Dalam satu artikel yang diterbitkan pada 6 Oktober 1886, beliau berkata, lebih banyak perincian perlu diperolehi sebelum projek keretapi ini boleh diluluskan.    Pekan Jeram dan Kuala Selangor, masih dianggap tidak begitu penting kerana ketiadaan hasil bijih timah seperti di lokas

STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN JALAN SULTAN

Image
STESEN JALAN SULTAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera   Ini adalah bog dan video dalam siri ketiga dalam menjejaki 3 stesen keretapi yang telah hilang dari peta Kuala Lumpur pada hari ini.  Ini adalah kisah dan jejak lokasi Stesen Jalan Sultan; dan bagaimana stesen dan laluan dari stesen ini menjadi sejarah asas pembinaan laluan Sistem Transit Aliran Ringan @ STAR LRT yang kemudiannya dipanggil LRT Ampang Line pada hari ini.   Selain dari merancang laluan keretapi ke Hulu Selangor, pihak Selangor State Railway juga merancang laluan keretapi untuk menyambung Kuala Lumpur ke bahagian Selatan bandaraya ke kawasan perlombongan bijih timah yang pesat di Sungai Besi. Pada 1 Jun 1893, fasa pertama dibuka dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Pudu. Stesen Jalan Sultan dijadikan hentian pertama di dalam laluan ini. Hampir dua tahun selepas itu, iaitu pada 1 Mac 1895, laluan dari Pudu ke Salak Selatan dan Sungai Besi telah dibuka.   Pada asalnya Stesen Jalan Sultan adalah dari jenis stesen perhen

STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN RESIDENSI

Image
  STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN RESIDENSI   Ini adalah blog dan video kedua dalam siri menjejaki tiga stesen yang telah hilang dari dalam peta Kuala Lumpur pada hari ini.   Blog dan video saya pada kali ini menjejak satu stesen keretapi lama yang tidak diketahui ramai kerana kurang pendedahan mengenai kewujudannya.   Jom kita jejak apa dan di mana lokasi Stesen Keretapi ini     LALUAN KE HULU SELANGOR   Kawasan Hulu Selangor adalah salah satu kawasan perlombongan utama di utara Kuala Lumpur sejak pertengahan abad ke 19. Ini adalah faktor utama yang mendorong penjajah British untuk menyambung laluan keretapi dari Kuala Lumpur ke arah Utara Lembah Klang bermula pada tahun 1889.   Laluan baru ke Hulu Selangor ini menjadi punca terbinanya Stesen Baru Kuala Lumpur di lokasi sekarang seperti yang telah diceritakan pada blog dan video sebelum ini.   Dan pada tahun 1892, fasa pertama laluan keretapi telah dibuka menghubungkan Kuala Lumpur ke Batu Junction dan seter

Menjejak Stesen Keretapi Yang Telah Hilang di Kuala Lumpur (Bahagian Pertama - Stesen Bukit Kuda & Stesen Asal Kuala Lumpur)

Image
  STESEN ASAL KUALA LUMPUR     Apabila melihat gambar di atas, kebanyakan dari kita berfikir inilah stesen keretapi pertama di Kuala Lumpur.  Tetapi tahukah anda, ini bukanlah stesen asal Kuala Lumpur dan lokasinya juga adalah berbeza.   Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi jejak salah satu dari tiga stesen keretapi lama yang telah hilang dari dalam peta Kuala Lumpur pada masa kini.     SEJARAH KERETAPI SELANGOR   Sedikit sejarah awal perkhidmatan keretapi di negeri Selangor.   Seperti yang diketahui ramai, laluan pertama operasi keretapi yang berjaya dibuka di Tanah Melayu ialah dari Port Weld atau nama sekarang Kuala Sepetang ke bandar Taiping pada tahun 1885 oleh Perak State Railway. Sebelum itu usaha untuk operasi Johor Wooden Railway pada tahun 1875 tidak berjaya dilaksanakan.   Pada tarikh 15 September 1886, Selangor Government Railway telah membuat perjalanan keretapi pertama dari terminus sementara di Bukit Kuda di Klang ke terminus di Kuala Lumpur.   Terminus adalah s