STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN RESIDENSI
  STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN RESIDENSI   Ini adalah blog dan video kedua dalam siri menjejaki tiga stesen yang telah hilang dari dalam peta Kuala Lumpur pada hari ini.   Blog dan video saya pada kali ini menjejak satu stesen keretapi lama yang tidak diketahui ramai kerana kurang pendedahan mengenai kewujudannya.   Jom kita jejak apa dan di mana lokasi Stesen Keretapi ini     LALUAN KE HULU SELANGOR   Kawasan Hulu Selangor adalah salah satu kawasan perlombongan utama di utara Kuala Lumpur sejak pertengahan abad ke 19. Ini adalah faktor utama yang mendorong penjajah British untuk menyambung laluan keretapi dari Kuala Lumpur ke arah Utara Lembah Klang bermula pada tahun 1889.   Laluan baru ke Hulu Selangor ini menjadi punca terbinanya Stesen Baru Kuala Lumpur di lokasi sekarang seperti yang telah diceritakan pada blog dan video sebelum ini.   Dan pada tahun 1892, fasa pertama laluan keretapi telah dibuka menghubun...
 
 
