BATEQ JUNGLE HUT DI TAMAN NEGARA PAHANG

BATEQ JUNGLE HUT TAMAN NEGARA PAHANG





Pengalaman percutian ke Taman Negara tidak sah jika tidak singgah ke perkampungan Orang Asli suku kaum Bateq. Tetapi pernahkah anda terfikir, bagaimana cara untuk membantu Orang Asli dalam jangka masa panjang supaya turut sama berjaya dalam industri pelancongan?
 
Jadi pada tahun 2017, pihak NGO BirdGroup Taman Negara telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang untuk membuat satu mesyuarat dengan masyarakat Orang Asli Bateq di Kuala Tahan.
 
Hasil perbincangan yang dihadiri dan diketuai oleh Tok Batin Sena dari Kampung Orang Asli Dedari yang terletak lebih kurang 5.5km dari Kuala Tahan, satu projek usahasama telah berjaya dipersetujui untuk dilaksanakan. Projek ini dipanggil Bateq Jungle Hut. 

Projek ini membolehkan masyarakat Orang Asli Bateq mempunyai "resort"  dengan rekabentuk dan pengurusan oleh pihak mereka sendiri. BirdGroup Taman Negara bertindak sebagai penasihat projek dan bajet datang dari Kementerian Pelancongan Malaysia.
 
Satu kawasan yang berkeluasan lebih kurang setengah ekar di kawasan tebing Sungai Tembeling bersebelahan Kampung Orang Asli Dedari telah dipilih untuk dibina kawasan pondok, ruang makan, tandas dan tempat unggun api. 

Projek bermula pada awal November 2017, dan dapat disiapkan kurang dari tempoh sebulan.


Video Pembinaan Bateq Jungle Hut
 

Hasil promosi agresif oleh Jenut Holidays Sdn Bhd, satu rombongan pelancong pertama seramai 36 orang pelajar sebuah kolej dari Denmark telah berjaya diuruskan pada Januari 2018.

Ini diikuti oleh satu rombongan pelancong tempatan dari Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam pada bulan berikutnya.
 
Kawasan ini terus menjadi popular dengan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa, sehinggalah satu rombongan terakhir pelajar kolej dari Denmark pada penghujung bulan Januari 2020. 

Akibat pandemic Covid-19 yang mula menular di Malaysia pada bulan Februari 2020, serta penutupan kawasan Taman Negara oleh Jabatan PERHILITAN pada bulan Mac 2020, kawasan ini terbiar buat sementara waktu. 


Video Promosi Bateq Jungle Hut oleh Jenut Holidays Sdn Bhd


Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diberikan pada bulan Jun 2020, Bateq Jungle Hut dibuka semula kepada para pelancong. Bateq Jungle Hut ini turut dikunjungi oleh satu pasangan YouTuber antarabangsa "Jetlag Warrior" pada bulan September 2020.

Malangnya, apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula dilaksanakan semula di beberapa negeri sejak Oktober 2020, ditambah pula dengan penutupan kawasan Taman Negara pada jangka masa yang sama, kawasan ini suram dari kehadiran pelancong.
 
Persoalannya, bilakah agaknya kita dapat melancong semula? 😑


Trip Santai 2 Hari 1 Malam ke Bateq Jungle Hut



Comments

Popular posts from this blog

STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN JALAN SULTAN

Menjejak Laluan Keretapi Lama : Bandar Klang ke Kuala Selangor

Stesen Keretapi Tanjung Rambutan Bakal Lenyap?