Posts

Showing posts from June, 2021

STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN RESIDENSI

Image
  STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN RESIDENSI   Ini adalah blog dan video kedua dalam siri menjejaki tiga stesen yang telah hilang dari dalam peta Kuala Lumpur pada hari ini.   Blog dan video saya pada kali ini menjejak satu stesen keretapi lama yang tidak diketahui ramai kerana kurang pendedahan mengenai kewujudannya.   Jom kita jejak apa dan di mana lokasi Stesen Keretapi ini     LALUAN KE HULU SELANGOR   Kawasan Hulu Selangor adalah salah satu kawasan perlombongan utama di utara Kuala Lumpur sejak pertengahan abad ke 19. Ini adalah faktor utama yang mendorong penjajah British untuk menyambung laluan keretapi dari Kuala Lumpur ke arah Utara Lembah Klang bermula pada tahun 1889.   Laluan baru ke Hulu Selangor ini menjadi punca terbinanya Stesen Baru Kuala Lumpur di lokasi sekarang seperti yang telah diceritakan pada blog dan video sebelum ini.   Dan pada tahun 1892, fasa pertama laluan keretapi telah dibuka menghubun...

Menjejak Stesen Keretapi Yang Telah Hilang di Kuala Lumpur (Bahagian Pertama - Stesen Bukit Kuda & Stesen Asal Kuala Lumpur)

Image
  STESEN ASAL KUALA LUMPUR     Apabila melihat gambar di atas, kebanyakan dari kita berfikir inilah stesen keretapi pertama di Kuala Lumpur.  Tetapi tahukah anda, ini bukanlah stesen asal Kuala Lumpur dan lokasinya juga adalah berbeza.   Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi jejak salah satu dari tiga stesen keretapi lama yang telah hilang dari dalam peta Kuala Lumpur pada masa kini.     SEJARAH KERETAPI SELANGOR   Sedikit sejarah awal perkhidmatan keretapi di negeri Selangor.   Seperti yang diketahui ramai, laluan pertama operasi keretapi yang berjaya dibuka di Tanah Melayu ialah dari Port Weld atau nama sekarang Kuala Sepetang ke bandar Taiping pada tahun 1885 oleh Perak State Railway. Sebelum itu usaha untuk operasi Johor Wooden Railway pada tahun 1875 tidak berjaya dilaksanakan.   Pada tarikh 15 September 1886, Selangor Government Railway telah membuat perjalanan keretapi pertama dari terminus sementara di Bukit Kuda di Klang ...

Stesen Keretapi Tanjung Rambutan Bakal Lenyap?

Image
 STESEN KERETAPI TANJUNG RAMBUTAN BAKAL LENYAP? Laporan akhbar Kosmo 15 Jun 2021 (sumber  Perak Heritage Society Official ) Membaca laporan akhbar Kosmo bertarikh 15 Jun 2021 mengenai Stesen Keretapi Tanjung Rambutan yang mungkin bakal lenyap adalah amat menyedihkan. Mengikut carian di internet, stesen keretapi ini telah mula digunakan pada 1 Jun 1896 apabila laluan dari Ipoh ke Tanjung Rambutan dibuka . Hampir enam bulan selepas itu, laluan dari Tanjung Rambutan ke Chemor pula dibuka. Peta tahun 1891 Lebih satu abad yang lalu, kawasan di sekitar Tanjung Rambutan adalah merupakan ladang getah dan lombong bijih timah. Stesen ini dirancang untuk membawa keluar hasil komoditi dengan menggunakan keretapi kerana pada ketika itu, tiada laluan jalan tar seperti pada hari ini.  Peta tahun 1921 Antara sebab tapak  Federal Lunatic Asylum (kini Hospital Bahagia Ulu Kinta ) dipilih di Tanjung Rambutan pada tahun 1910 adalah kerana terdapat kemudahan pengangkutan keretapi beser...

Gambar Retro Kuala Lumpur : Dahulu dan Kini (2021)

Image
RETRO KUALA LUMPUR : DAHULU & KINI Kuala Lumpur - dari namanya sahaja kita akan terbayangkan pertemuan dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang serta Masjid Jamek yang terletak di persimpangan dua sungai ini. Ada beberapa teori bagaimana nama Kuala Lumpur diberikan pada kawasan ini. Antara yang paling popular ialah keadaan kuala sungai yang berlumpur dan ada yang mengatakan kemungkinan terdapat sungai yang bernama Sungai Lumpur (Sungai Gombak?) kerana penamaan nama tempat di kuala sungai oleh masyarakat Melayu adalah dengan menggunakan nama sungai yang lebih kecil (anak sungai). Teori ini pernah direkodkan oleh bekas pegawai British, Mr J.M Gullick seperti gambar di atas di dalam jurnal beliau " Kuala Lumpur 1880 - 1895 " yang diterbitkan pada bulan Mei 1955 untuk Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society.  Seperti yang kita ketahui, Kuala Lumpur dibuka oleh Sutan Puasa pada pertengahan abad ke 19. Kemudiannya ianya menjadi maju dengan aktiviti per...

Menjejak Laluan Keretapi Lama : Bandar Klang ke Kuala Selangor

Image
  MENJEJAK LALUAN KERETAPI LAMA :  LALUAN KERETAPI DARI KLANG KE KUALA SELANGOR Tidak ramai yang mengetahui lebih 100 tahun yang lalu pernah wujud satu laluan keretapi dari bandar Klang ke Kuala Selangor. Tetapi landasan keretapi tersebut telah hilang akibat penutupan perkhidmatan keretapi ini sejak tahun 1930. Yang tinggal kini hanyalah laluan bersejarah dengan sebilangan besarnya telah menjadi jalanraya. Terdapat juga laluan yang hilang dari pandangan kerana telah menjadi bangunan kedai, kilang dan belukar. Perkhidmatan keretapi dari bandar Klang ke Kuala Selangor bermula pada tanggal 1 Februari 1913 iaitu dari persimpangan Jambatan Connaught ke pekan Kapar. Laluan ini bermula dari persimpangan Jambatan Connaught di tepi Sungai Klang yang terletak di Bukit Kuda.  Jarak perjalanan yang direkodkan dari Jambatan Connaught ke stesen Kapar ialah sejauh  11 batu 62 rantai atau bersamaan dengan 18.95km. Tekan sini untuk Lokasi Google Maps  Kini, kawasan permu...