Posts

Stesen Keretapi Tanjung Rambutan Bakal Lenyap?

Image
 STESEN KERETAPI TANJUNG RAMBUTAN BAKAL LENYAP? Laporan akhbar Kosmo 15 Jun 2021 (sumber  Perak Heritage Society Official ) Membaca laporan akhbar Kosmo bertarikh 15 Jun 2021 mengenai Stesen Keretapi Tanjung Rambutan yang mungkin bakal lenyap adalah amat menyedihkan. Mengikut carian di internet, stesen keretapi ini telah mula digunakan pada 1 Jun 1896 apabila laluan dari Ipoh ke Tanjung Rambutan dibuka . Hampir enam bulan selepas itu, laluan dari Tanjung Rambutan ke Chemor pula dibuka. Peta tahun 1891 Lebih satu abad yang lalu, kawasan di sekitar Tanjung Rambutan adalah merupakan ladang getah dan lombong bijih timah. Stesen ini dirancang untuk membawa keluar hasil komoditi dengan menggunakan keretapi kerana pada ketika itu, tiada laluan jalan tar seperti pada hari ini.  Peta tahun 1921 Antara sebab tapak  Federal Lunatic Asylum (kini Hospital Bahagia Ulu Kinta ) dipilih di Tanjung Rambutan pada tahun 1910 adalah kerana terdapat kemudahan pengangkutan keretapi beserta stesen yang terl

Gambar Retro Kuala Lumpur : Dahulu dan Kini (2021)

Image
RETRO KUALA LUMPUR : DAHULU & KINI Kuala Lumpur - dari namanya sahaja kita akan terbayangkan pertemuan dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang serta Masjid Jamek yang terletak di persimpangan dua sungai ini. Ada beberapa teori bagaimana nama Kuala Lumpur diberikan pada kawasan ini. Antara yang paling popular ialah keadaan kuala sungai yang berlumpur dan ada yang mengatakan kemungkinan terdapat sungai yang bernama Sungai Lumpur (Sungai Gombak?) kerana penamaan nama tempat di kuala sungai oleh masyarakat Melayu adalah dengan menggunakan nama sungai yang lebih kecil (anak sungai). Teori ini pernah direkodkan oleh bekas pegawai British, Mr J.M Gullick seperti gambar di atas di dalam jurnal beliau " Kuala Lumpur 1880 - 1895 " yang diterbitkan pada bulan Mei 1955 untuk Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society.  Seperti yang kita ketahui, Kuala Lumpur dibuka oleh Sutan Puasa pada pertengahan abad ke 19. Kemudiannya ianya menjadi maju dengan aktiviti per

Menjejak Laluan Keretapi Lama : Bandar Klang ke Kuala Selangor

Image
  MENJEJAK LALUAN KERETAPI LAMA :  LALUAN KERETAPI DARI KLANG KE KUALA SELANGOR Tidak ramai yang mengetahui lebih 100 tahun yang lalu pernah wujud satu laluan keretapi dari bandar Klang ke Kuala Selangor. Tetapi landasan keretapi tersebut telah hilang akibat penutupan perkhidmatan keretapi ini sejak tahun 1930. Yang tinggal kini hanyalah laluan bersejarah dengan sebilangan besarnya telah menjadi jalanraya. Terdapat juga laluan yang hilang dari pandangan kerana telah menjadi bangunan kedai, kilang dan belukar. Perkhidmatan keretapi dari bandar Klang ke Kuala Selangor bermula pada tanggal 1 Februari 1913 iaitu dari persimpangan Jambatan Connaught ke pekan Kapar. Laluan ini bermula dari persimpangan Jambatan Connaught di tepi Sungai Klang yang terletak di Bukit Kuda.  Jarak perjalanan yang direkodkan dari Jambatan Connaught ke stesen Kapar ialah sejauh  11 batu 62 rantai atau bersamaan dengan 18.95km. Tekan sini untuk Lokasi Google Maps  Kini, kawasan permulaan laluan tersebut ada

Asal Usul Nama Kem Wardieburn di Setapak Kuala Lumpur

Image
ASAL USUL NAMA KEM WARDIEBURN   Tanda nama Kem Wardieburn di pintu masuk (Google Maps) Kem Wardieburn adalah salah satu kem tentera yang masih wujud di dalam kawasan bandaraya Kuala Lumpur pada ketika ini. Kem tersebut terletak di Jalan Genting Klang di Setapak dan menempatkan Divisyen Keempat Infantri Tentera Darat atau lebih dikenali sebagai Markas 4 Divisyen.  Tahukah anda dari mana asal usul nama kem ini mendapat nama Kem Wardieburn? Terdapat teori yang mengatakan kem ini mendapat nama dari serangan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dimana kesan serangan itu diabadikan dengan menamakan kawasan ini sebagai “ War ” (Perang), “ Die ” (Mati) dan “ Burn ” (Terbakar). Tidak ramai yang tahu Kem Wardieburn ini asalnya adalah sebuah kawasan perladangan kopi dan getah. Pada tahun 1890an, dua adik beradik Meikle dari Britain iaitu Christopher Meikle dan Robert Meikle telah membuka satu ladang getah dan menamakan ladang mereka sebagai Wardieburn Estate sempena nama kelahiran tempat merek