JEJAK STESEN DAN PERHENTIAN KERETAPI DARI KLANG KE KUALA SELANGOR (SIRI KEDUA)
Alhamdulillah, video menjejak jalan keretapi dari Klang ke Kuala Selangor telah mendapat maklumbalas positif. Hasil dari komen-komen dan cadangan oleh para penonton, saya teruskan mencari maklumat lanjut supaya lebih banyak fakta dapat dikongsikan bersama. Video Menjejak Laluan Keretapi Lama : Klang - Kuala Selangor (Siri Pertama) Hasil pencarian sejarah awal, rupa-rupanya cadangan untuk jalan keretapi dari Klang ke Jeram dan seterusnya ke Kuala Selangor telah wujud hampir dua dekad sebelum pembinaannya. 3 minggu selepas perjalanan sulung keretapi dari Stesen Bukit Kuda di Klang ke Kuala Lumpur, Gabenor Negeri Selat telah menjawab kepada soalan wartawan mengenai cadangan laluan keretapi ke pekan Jeram. Dalam satu artikel yang diterbitkan pada 6 Oktober 1886, beliau berkata, lebih banyak perincian perlu diperolehi sebelum projek keretapi ini boleh diluluskan. Pekan Jeram dan Kuala Selangor, masih dianggap tidak begitu penting kerana ketiadaan ...