JEJAK STESEN DAN PERHENTIAN KERETAPI DARI KLANG KE KUALA SELANGOR (SIRI KEDUA)

 
Alhamdulillah, video menjejak jalan keretapi dari Klang ke Kuala Selangor telah mendapat maklumbalas positif. Hasil dari komen-komen dan cadangan oleh para penonton, saya teruskan mencari maklumat lanjut supaya lebih banyak fakta dapat dikongsikan bersama. 
 

Video Menjejak Laluan Keretapi Lama : Klang - Kuala Selangor (Siri Pertama)


Hasil pencarian sejarah awal, rupa-rupanya cadangan untuk jalan keretapi dari Klang ke Jeram dan seterusnya ke Kuala Selangor telah wujud hampir dua dekad sebelum pembinaannya. 3 minggu selepas perjalanan sulung keretapi dari Stesen Bukit Kuda di Klang ke Kuala Lumpur,  Gabenor Negeri Selat telah menjawab kepada soalan wartawan mengenai cadangan laluan keretapi ke pekan Jeram. Dalam satu artikel yang diterbitkan pada 6 Oktober 1886, beliau berkata, lebih banyak perincian perlu diperolehi sebelum projek keretapi ini boleh diluluskan. 
 
Pekan Jeram dan Kuala Selangor, masih dianggap tidak begitu penting kerana ketiadaan hasil bijih timah seperti di lokasi lain. Tambahan lagi, masih terdapat kaedah lain, iaitu laluan laut menggunakan kapal stim dan sampan. Pihak British pada ketika itu lebih berminat untuk menyambung laluan keretapi ke negeri Pahang untuk memendekkan perjalanan ke Pantai Timur, supaya lebih banyak sumber alam dapat diekspoitasi. Tambahan lagi, Kuala Lipis dikenalpasti merupakan kawasan yang amat kaya dengan sumber mineral emas. 


 
Getah mula ditanam besar-besaran mulai awal abad ke 20 dan mengambilalih peranan kopi sebagai tanaman utama untuk perladangan. Tidak lama kemudian, ia menjadi antara komoditi utama di Tanah Melayu selain bijih timah. Di antara bandar Klang dan Kuala Selangor sahaja, terdapat banyak ladang getah dengan keluasan beribu-ribu ekar. Maka ia mewujudkan permintaan untuk perkhidmatan pengangkutan yang lebih cepat selain dari menggunakan kapal stim dan kereta lembu untuk mengangkut barang. 
 
Kewujudan industri di Tanah Melayu seperti perladangan kopi, getah, kelapa dan perlombongan bijih timah turut mewujudkan peluang pekerjaan. Secara tidak langsung, ia juga memberi kesan positif kepada permintaan untuk pengangkutan penumpang. 
 
Pada tahun 1906, Federated Malayan States Railway telah mewujudkan laluan bas yang pertama dari  pekan Tapah ke Stesen Tapah Road di Perak. Perkhidmatan ini menggunakan bas jenis Milnes-Daimler. Pada tahun 1907, perkhidmatan bas yang sama diwujudkan dari Port Swettenham, iaitu nama lama Pelabuhan Klang, ke Kuala Selangor. Perjalanan dengan bas sejauh 28 batu ini, boleh memuatkan sehingga 23 orang penumpang, iaitu 5 orang di Kelas Pertama dan 18 orang di kelas ketiga.



Dalam satu artikel tahun 1908, seorang wartawan The Malay Mail telah membuat rungutan bahawa sejak kadar tambang bas diturunkan, agak sukar untuk mendapatkan tempat duduk untuk perjalanan di antara Klang dan Kuala Selangor. Disebabkan permintaan tinggi untuk mengangkut hasil getah dan kopi serta penumpang, pada bulan Julai 1910, Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akhirnya bersetuju untuk membina laluan keretapi dari Klang ke Kuala Selangor.
 
STESEN & HENTIAN KERETAPI 
 
Senarai nama Stesen dan Hentian:

1. Stesen Connaught Bridge Junction
2. North Klang Halt
3. Sungai Putus Halt
4. Stesen Parit Chabang
5. Stesen Vallambrosa
6. Sungai Perepat Halt
7. Kapar Hilir Halt
8. Stesen Kapar
9. Jalan Acob Halt
10. Stesen Suara
11. Sungai Sembilang Halt
12. Stesen Jeram
13. Stesen Raja Abdullah
14. Stesen Sasaran
15. Bukit Changkot Halt
16. Stesen Assam Jawa
17. Teluk Piai Halt
18. Stesen Kuala Selangor

Terdapat 3 hentian atau halt yang tidak ditunjukkan dalam video terbaru iaitu Rantau Panjang Halt (antara Sungai Putus dan Parit Chabang), Sungai Pulau Halt (antara Stesen Kapar dan Jalan Acob Halt), Sungai Serdang Halt (antara Jalan Acob Halt dan Stesen Suara) dan Jalan Banjar Halt (antara Stesen Assam Jawa dan Teluk Piai Halt). 

Ini ada diceritakan oleh Encik Zacky Eusoff dalam blog terbaru beliau pada 30 Julai 2021 


Maklumat lanjut, sila tonton video di bawah and tinggalkan pendapat anda di ruangan komen nanti.
 
Terima kasih kerana menonton!



 

Comments

Popular posts from this blog

STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN JALAN SULTAN

Menjejak Laluan Keretapi Lama : Bandar Klang ke Kuala Selangor

Stesen Keretapi Tanjung Rambutan Bakal Lenyap?