Stesen Keretapi Tanjung Rambutan Bakal Lenyap?

STESEN KERETAPI TANJUNG RAMBUTAN BAKAL LENYAP? Laporan akhbar Kosmo 15 Jun 2021 (sumber Perak Heritage Society Official ) Membaca laporan akhbar Kosmo bertarikh 15 Jun 2021 mengenai Stesen Keretapi Tanjung Rambutan yang mungkin bakal lenyap adalah amat menyedihkan. Mengikut carian di internet, stesen keretapi ini telah mula digunakan pada 1 Jun 1896 apabila laluan dari Ipoh ke Tanjung Rambutan dibuka . Hampir enam bulan selepas itu, laluan dari Tanjung Rambutan ke Chemor pula dibuka. Peta tahun 1891 Lebih satu abad yang lalu, kawasan di sekitar Tanjung Rambutan adalah merupakan ladang getah dan lombong bijih timah. Stesen ini dirancang untuk membawa keluar hasil komoditi dengan menggunakan keretapi kerana pada ketika itu, tiada laluan jalan tar seperti pada hari ini. Peta tahun 1921 Antara sebab tapak Federal Lunatic Asylum (kini Hospital Bahagia Ulu Kinta ) dipilih di Tanjung Rambutan pada tahun 1910 adalah kerana terdapat kemudahan pengangkutan keretapi beser...