Posts

Showing posts from July, 2021

JEJAK STESEN DAN PERHENTIAN KERETAPI DARI KLANG KE KUALA SELANGOR (SIRI KEDUA)

Image
  Alhamdulillah, video menjejak jalan keretapi dari Klang ke Kuala Selangor telah mendapat maklumbalas positif. Hasil dari komen-komen dan cadangan oleh para penonton, saya teruskan mencari maklumat lanjut supaya lebih banyak fakta dapat dikongsikan bersama.    Video Menjejak Laluan Keretapi Lama : Klang - Kuala Selangor (Siri Pertama) Hasil pencarian sejarah awal, rupa-rupanya cadangan untuk jalan keretapi dari Klang ke Jeram dan seterusnya ke Kuala Selangor telah wujud hampir dua dekad sebelum pembinaannya.  3 minggu selepas perjalanan sulung keretapi dari Stesen Bukit Kuda di Klang ke Kuala Lumpur,  Gabenor Negeri Selat telah menjawab kepada soalan wartawan mengenai cadangan laluan keretapi ke pekan Jeram. Dalam satu artikel yang diterbitkan pada 6 Oktober 1886, beliau berkata, lebih banyak perincian perlu diperolehi sebelum projek keretapi ini boleh diluluskan.    Pekan Jeram dan Kuala Selangor, masih dianggap tidak begitu penting kerana ketiadaan ...

STESEN KERETAPI YANG TELAH HILANG DI KUALA LUMPUR – STESEN JALAN SULTAN

Image
STESEN JALAN SULTAN Assalamualaikum dan Salam Sejahtera   Ini adalah bog dan video dalam siri ketiga dalam menjejaki 3 stesen keretapi yang telah hilang dari peta Kuala Lumpur pada hari ini.  Ini adalah kisah dan jejak lokasi Stesen Jalan Sultan; dan bagaimana stesen dan laluan dari stesen ini menjadi sejarah asas pembinaan laluan Sistem Transit Aliran Ringan @ STAR LRT yang kemudiannya dipanggil LRT Ampang Line pada hari ini.   Selain dari merancang laluan keretapi ke Hulu Selangor, pihak Selangor State Railway juga merancang laluan keretapi untuk menyambung Kuala Lumpur ke bahagian Selatan bandaraya ke kawasan perlombongan bijih timah yang pesat di Sungai Besi. Pada 1 Jun 1893, fasa pertama dibuka dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Pudu. Stesen Jalan Sultan dijadikan hentian pertama di dalam laluan ini. Hampir dua tahun selepas itu, iaitu pada 1 Mac 1895, laluan dari Pudu ke Salak Selatan dan Sungai Besi telah dibuka.   Pada asalnya Stesen Jalan Sultan adalah dari ...