BATEQ JUNGLE HUT DI TAMAN NEGARA PAHANG
BATEQ JUNGLE HUT TAMAN NEGARA PAHANG Pengalaman percutian ke Taman Negara tidak sah jika tidak singgah ke perkampungan Orang Asli suku kaum Bateq. Tetapi pernahkah anda terfikir, bagaimana cara untuk membantu Orang Asli dalam jangka masa panjang supaya turut sama berjaya dalam industri pelancongan? Jadi pada tahun 2017, pihak NGO BirdGroup Taman Negara telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang untuk membuat satu mesyuarat dengan masyarakat Orang Asli Bateq di Kuala Tahan. Hasil perbincangan yang dihadiri dan diketuai oleh Tok Batin Sena dari Kampung Orang Asli Dedari yang terletak lebih kurang 5.5km dari Kuala Tahan, satu projek usahasama telah berjaya dipersetujui untuk dilaksanakan. Projek ini dipanggil Bateq Jungle Hut. Projek ini membolehkan masyarakat Orang Asli Bateq mempunyai "resort" dengan rekabentuk dan pengurusan oleh pihak mereka sendiri. BirdGroup Taman Negara bertindak sebagai penasihat projek dan bajet d...